2014年11月22日土曜日

Hujan Renyai Di Luar

Ribut yang menduga
Kemudian didatangi petir dan hujan lebat
Walaupun masih renyai di luar
Alhamdulillah ku bersyukur
Semakin cerah langit di hadapan

Walaupun masih renyai di luar
Aku sudah rasa seronok
Adakah aku masih waras?
Menjadi persoalan buatku
Aku gembira kerana...
Hanya Kau yang tahu 
Bagaimana perasaanku 
meredah dugaan lepas

Dugaan yang Kau uji..
Membawa ak pada hari ini
Menjadi insan yang lebih kuat dan berdikari
Mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri
Bertahun-tahun ak jatuh, 
Alhamdulillah kini ak bisar berdiri dan berlari

Kenapa ak dipilih untuk diduga?
Membuat ak berfikir kembali
Satu persatu kau telah tunjuk kepadaku
Menambah keyakinanku kepadaMu
Kau yang Maha Mengetahui 
Kau adalah sebaik-baik perancang

Bukan mudah meredah segalanya
Dikala ak terkapai-kapai
Dikala ak perlukan kekuatan
Dikala tiada insan yang mampu membantu
Kau la tempat ak mengadu
Terima kasih Ya Maha Mendengar
Kerana sentiasa di sisiku

Walaupun masih renyai di luar
Ak mula mencari pelangi
Sudah lama ku tunggu,cepatla tiba
ku mengharap kemunculanmu tidak lama lagi
Ak harus sabar menunggu
Kerana..,
Ia akan tiba bila tiba masanya

Walaupun sudah renyai di luar
Jangan disangka tiada hujan lagi
Payung jangan dilupa
Jangan diredah seperti dulu
Belajarla dari apa yang diduga
Sediakan diri,
Perbaiki apa yang mampu

Ku pejamkan mata,
Kuhirup dalam2 udara ini
Alhamdullilah ak masih bernyawa
Ku depakan tangan luas2,
Kurasa titisan air hujan yang renyai
Alhamdulillah dengan rahmatMu

Perasaan ini...
Tidak dapat kuungkap
Hanya Kau tahu ape yang ak rasa...























2014年3月26日水曜日

Cemburu dalam kehidupan~


Ak berasa cemburu
Melihat mereka bahagia bersama ibu bapa
Melihat mereka bermanja disamping suami dan anak-anak kecil

Ak sebaya dengan mereka
Tetapi mereka sudah berkejaya
Mula memiliki rumah dan kereta
Mereka sudah bersuami,dan mempunyai permata hati

Ak melihat diri,
Apa yang ak miliki masa kini
Masih seorang pelajar dgn wang simpati
Masih belum bersuami,
Sudah jauh perbezaan kita
Adakah ak berasa cemburu dgn rakan ak sendiri?

Ibu kandungku sudah lama pergi,
Tiada kurasa air tangan ibu
Tiada tempat bermanja,dan tempat berkongsi cerita
Sesungguhnya ak sgt merasai kehilanganmu

Ak bahagia melihat ayahku mempunyai pengganti,
Melihat abang2ku mempunyai keluarga sendiri
Tetapi entah kenapa ak inginkan perhatian dari mereka.
Adakah ak berasa cemburu dgn keluarga sendiri?

Astaghfirullahalazim...
Ya Allah, berilah kekuatan kepada diri ini,
Jauhi dari sifat cemburu ini,
Umpama ak tidak suka jalan yang ak pilih
Umpama ak tidak merdhai jalan ketatepanMu

Terima kasih yang Allah,
Ko mempertemukan ak dgn pelbagai insan
Yang sudi berkongsi cerita liku kehidupan mereka
Ko turunkan musibah besar kepada insan laen,
Dari musibah itu, ko telah anugerahkan ak kekuatan.
Ko membuka mata ak,kubersyukur..
Apalah sgt dugaan yg ak terima berbanding mereka.

Dalam kehidupan ini
Jika kita diduga,
Lihatlah org dibawah yg lebih dasyat dugaannya.
Supaya mendapat kekuatan diri
Jika kita kaya,
Lihatlah kesusahan org miskin yg mencari nafkah untuk zuriatnya
Supaya kita tidak lupa tanggungjawab diri
Jika kita dibawah,
Lihatlah orang yang berjaya di atas,
Supaya kita tidak beputus asa mendaki.
Jika kita mempunyai keluarga bahagia,
Lihatlah anak-anak yatim,
Supaya kita tidak lupa mencurahkan kasih.

Kerana kehidupan ini seperti roda.
Ia boleh berputar menukar kehidupan kita.
Walopun pilihan kita berbeza,halatuju jalan kita sama,
Maka tidak perlu rase cemburu tidak bertempat
Jalan yg belum kita lalui,akan kita lalui bila tiba masanya
Jalan yg kita telah tempohi, mereka jg perlu tempohi suatu hari nanti.









2014年1月29日水曜日

Mencari Pelangi

Indahnya engkau sang pelangi,
Ku termimpi-mimpi..
Hanya terbayangkan dirimu,
Yang dilihat tempoh hari.

Hari ini ku menanti,
Kulihat langit,
Mendung pula hari ini.
Belum rezeki lagi..
Ku sedapkan hati

Ku menanti esok hari,
Kulihat jendela,
hujan pula yang tiba,
Bukannya pelangi yang dinanti,
malahan deruan guruh sekali,

Apalah nasibku..
Sudah berhari ku menantimu,
Dengan mengharap cuaca cerah esok hari.
Adakah aku yang tidak jumpa?
Atau kau yang tidak muncul2 wahai pelangi?
Belum rezeki lagi..
Ku sedapkan hati

Dimana engkau wahai pelangi,
Ku tercari-cari..
Akan terus ku nanti
Kenapa aku harus berputus asa ?
Sabarlah dan teruslah mencari..
Aku yakin kau pasti mucul selepas hujan berhenti.
Keindahan kau ak ternanti-nanti





2013年7月15日月曜日

Akhir penantian


Khabar itu mngejutkan ak
Kenapa secara tiba
Ak masih tidak percaya

Terima kasih ..
Menamatkan penantianku selama ini
Segala ketetapanNya ak terima

Terima kasih..
Kite kembali seperti dulu
Seperti pertama kali perkenalan

Ku doakan untukmu..
Ku harap kau doakan untukku jua..

Kini ku bersedia
Untuk membuka mata dan hati
Memberi pada yg menghargai

2013年5月16日木曜日

Selamat Hari Guru!


Sungguh mulia pekerjaanmu,
Dengan ilmu yang kau sampaikan,
Adanya doktor dan peguam,
Yang berdiri tinggi darimu,
Tapi dirimu tetap seorang guru.

Jangan kau kecewa,
Itu semua di mata dunia,
Ilmu yang kau sampaikan,
Ada juga mengikuti jalanmu,
Dan menyampaikan ilmumu,
Untungnya sahammu di sana.

Kutahu zaman kini pelbagai cabaran harus diredah,
Harap kau terus tabah mendidik anak bangsaku,
Kerana ak tahu pentingnya pendidikan,
Dalam mengubah kehidupan.
Dan mencorak masa depan negara.

Selamat Hari Guru!
Terima kasih kerana memilih untuk menjadi seorang guru!


*Saya Sayang Cikgu,
Pesan arwah mak yg juga seorg guru,guru adalah antara insan yang mesti kite hormati.
Walau seburuk mana seorang guru, kite tidak blh mengutuk guru jika mahu berkat dari ilmu yg dipelajari.
Harap2 kite berhati2 dlm perbuatan kite.
-Muhasabah Diri-



2013年3月12日火曜日

Hikmah tanda ini


Wahai tubuh apakah tanda ini.
Seperti ada bebanan di jantungku,
Seperti ade pisau di ulu hati,
Adakah kerana hati dan perasaan,
Kau menjadi mangsa..

Kusayangmu tubuh,
Puas ak mencari puncanya
dan ak terus mencari..

Suatu hari,
Adakah ini keajaiban,
Seperti ada cahaya dtg mengubat diri,
Sedikit demi sedikit,
Bebanan didadaku menghilang,
Dan pisau tidak lagi menusuk,

Ak sendiri tidak paham,
Apakah tanda ini,
Adakah ini puncanya,
Ak tiada keberanian,
Untuk mencari kepastian.

Kalaula ini puncanya wahai tubuh,
Terima kasih,
Sakit ini peringatan darimu,
Mungkin kamu sudah tidak mampu menanggungnya,
Maafkan kealpaan diri ini.
Kini ak lebih memahamimu.

Biarlah apa puncanya,
Ak berserah kepada Allah yang mengetahui.
Janjiku padamu wahai tubuh,
Selagi ak mampu,akan ku usaha
Supaya tiada lagi bebanan atau pisau menusuk
Cukuplah hanya sekali pengalaman ini.
Ia menjadi pengajaran buatku.

Akan ak hidup ceria seperti sebelum waktu itu,
Ak tidak mahu memikirkan apa yg tidk perlu,
Mahu berdiri walaupun tanpa sesiapa disisi,
Ini qada dan qadar darimu Ya Allah.


Ak tau ia tidak mudah,
Tapi demimu wahai tubuh yang kucintai,

Segala kesilapan ak harus ku akui,
Iman harus kuteguh,hati perlu dicuci.
Akan ak perbaiki diri ini.









2013年1月30日水曜日

Pohon kehidupan



Ak sepohon kayu
tidak lari dari diuji
untuk dinilai kekuatan diri.

Jika ak ibarat pohon di hutan
bukan mudah utk berebut matahari 
ak hampir tidak bernafas,
mujurlah bdanku semakin meninggi
tetapi semakin meninggi
ak terasa hampir tumbang.

Jika ak ibarat pohon di pantai
dikala angin kuat dtg bertiup
ak terumbang ambing dan rantingku patah
mujurlah akarku masih kuat
tetapi serpihan ombak laut masin
tetap merapuhkan diriku.

Jika ak ibarat pohon berbunga,
Dibelai diberi cukup apa yang kuperlu
Ak berbunga cantik,dibangga ramai
tetapi bila tiba masanya akan hilang nilainya
bungaku akan layu juga
x ubah seperti daun yg kering.

Andai hidup ini blh dipilih.
Pohon apakah pilihan anda?
Kehidupan ini ada liku-likunya.
Sedangkan pohon ada cabaran.
Inikan pula manusia seperti kita.